12 April 2012

Rexy Mainaky letak jawatan

Rexy Mainaky
KETUA jurulatih beregu wanita negara, Rexy Mainaky sah meletak jawatan sebagai jurulatih beregu wanita dan berkuat kuasa 30 April ini.

Peletakan jawatan bekas juara dunia beregu lelaki itu, mengejutkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ketika negara sedang bertungkus-lumus mempersiapkan barisan terbaik beregu wanita ke Sukan Olimpik 2012 di London, Julai depan.

Rexy yang sudah tujuh tahun berkhidmat bersama BAM memutuskan menyahut cabaran baru sebagai Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Filipina dan berkuat kuasa 1 Mei ini dengan kontrak selama dua tahun.
Share on :

0 comments:

Post a Comment

Hai Salam perkenalan dan Selamat berjumpa kembali...
Diaharap anda sentiasa ceria...
Anda seorang yang bijak dan berpandangan jauh,apakata hulurkan sedikit pendapat atau komen tentang post ini.Tq

 
© Copyright Berita Online Malaysia 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published byBorneo Templates and Theme4all